Wednesday, June 17, 2009

Kisah hindustan?


Tatkala angin berlalu pergi, teringat pula saya akan kisah hindustan yang sangat menarik. bukan cerita cinta seperti yang kita lihat dalam seperti yang ditayangkan! cerita ini adalah berdasarkan kisah benar. bagiku, ini adalah filem hindustan kegemaranku!! kalau anda semua pernah menonton, "SHIVA"....mengisahkan inspektor polis yang menjalankan tugas dengan adil dan saksama....namun rakan2nya yang lain dilihat mengamalkan korupsi. Shiva, berasa tidak berpuas hati kerana sikap rakan sekerjanya yang malas dan mengambil tidak peduli dengan jenyah yang berlaku, malah bekerjasama dengan pihak samseng dalam sindiket...

Shiva pula memainkan peranan menentang habis-habisan apa yang berlaku, dan punca yang menyebabkan korupsi adalah menteri dalam negara itu. Shiva berdepan dengan menteri itu. Menteri itu tidak megambil endah, malah berkata,," Kamu tidak boleh berbuat apa-apa, saya orang paling tinggi dalam jabatan ini. Saya yang mengawal mereka..". "Lantas Shiva menjawab, "Orang atas kami adalah menteri, tetapi siapa diatas kamu?....Rakyat...," "Mereka yang memilih kamu dan melantik...kamu berhak menjalankan tugas yang diberikan..." (begitulah dialog yang bukan 100% betul, tp lebih kurang la).

Anda tak berminat dengan cerita ini? Tak mengapa, tapi saya tahu anda bijak, dan anda tahu apa yang sebenarnya cerita ini sampaikan...fikirkanlah dengan akal anda..

P/S: Rasa macam aku hero cerita ni pula....huuhu...cerita ini banyak mempengaruhi aku dan memberi kesan yang mendalam...huhu

No comments:

Post a Comment